السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tidaklah berpuasa itu membebankan kita, ia banyak memberi manfaat dari banyak sudut berbanding rasa lapar dan dahaga bagi orang berpuasa ketika menjalaninya. Dengan sebab itu disunatkan (diberi reward) kerana bersahur dan mengakhirkan sahur (hampir kepada waktu subuh) dan apabila sampai waktu berbuka makruh (Allah tidak menyukai) kita melengah-lengahkan berbuka. Malah disunatkan (diberi reward) kerana menyegerakan berbuka apabila sampai waktu berbuka. Dari kajian sains telah banyak membuktikan kebaikan berpuasa, begitu juga dari sudut psikologi, tanggungjawab social, ekonomi dan berbagai lagi.Secara ringkasnya puasa Ramadhan datang membawa anugerah rahmat dan kebaikan berbanding rasa susah yang kecil kerana menahan makan dan minum dalam tempoh waktu tertentu.
Allah berfirman bermaksud:
“Dan Dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama Islam suatu yang menyusahkan” –[al-Haj 22:78]
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Dan tidaklah Kami (Allah) mengutuskan kamu (Nabi Muhammad yang membawa ajaran dari Allah) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam” –[ al-Anbiya’ 21: 107]
No comments:
Post a Comment