Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha.

Buat muslimin dan muslimat, salam Aidil Adha diucapkan. Bagi yg mengerjakan ibadah korban, diharapkan korban kita diterima olehNya.

Buat yang pulang ke kampong, berhati-hati di jalanraya.

Salam Sidil Adha

Maaf Zahir & batin..

IbnuAmeen & keluarga..

Friday, October 29, 2010

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB: Versi Kemaskini

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1. Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya

" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-

1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.

2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram

Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-

1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Sekian, Wassalam

--------------------------------------------------------------------------------


[1] http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf

[2] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952

[3] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155

Monday, October 25, 2010

Laporan audit: Pelajar diberi 'sandwich kosong'

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu.

Penduduk berdemo tuntut dihubung lebuh raya

Lebih 500 penduduk Bandar Tasik Puteri, Rawang berdemo semalam menuntut sebuah laluan dibina agar kawasan perumahan mereka dihubungkan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (KLKSE) yang bakal siap tahun depan.

Ini kerana, menurut semasa pembelian rumah pihak pemaju telah menjanjikan laluan tersebut termasuk menyediakan kemudahan asas antaranya dewan serbaguna dan sebuah stesen petrol.

"Semua itu hanya janji tinggal janji sahaja kerana sehingga kini tiada sebarang kemudahan asas disediakan kepada penduduk yang mendiami kawasan itu dianggarkan 20,000 orang.

"Kami terpaksa mengisi minyak petrol kereta sejauh 20 kilometer terletak di Bandar Country Height," kata salah seorang penduduk, Mohd Tarmizi Kasirun,45 yang telah menghuni di kawasan berkenaan sejak tahun 2000.

Demonstrasi aman dan memorandum tuntutan kepada pemaju dilancarkan oleh ahli jawatankuasa badan bertindak KLKSE dipimpin oleh Norazman Samsudin.

Sepanjang perarakan itu, Komunitikini mendapati penduduk melaungkan kata-kata provokasi mengkritik pihak pemaju gagal mengotakan janji membina susur keluar yang menghubungkan kawasan perumahan itu ke lebuh raya KLKSE.

Sambil memegang poster dan kain rentang, segelintir penduduk turut berarak menggunakan motosikal sambil membunyikan hon sebagai tanda sokongan sekali gus mengakibat keadaan lalu lintas jalan raya menjadi sesak.

Selepas berdemo, penduduk kemudiannya dijemput berdialog dengan pemaju AP Land Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pemegang konsesi lebuh raya itu Binapuri dan juga anggota Parlimen Selayang, William Leong

Namun, bahang matahari yang mula terasa sekitar jam 12 tengah hari itu menghangatkan lagi suasana sepanjang sesi dialog apabila berlaku 'perang psikologi' antara penduduk dan wakil pihak berwajib yang berakhir sejurus azan Zohor berkumandang.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang sesi dialog berlangsung.

Beberapa anggota polis ditempatkan di dataran Puteri Central Park bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Pengarah kepada salah sebuah anak syarikat AP Land, Datuk Nordin Razak berkata, pihaknya berjanji draf plan KLKSE akan diserahkan kepada pihak berwajib untuk kelulusan dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, proses pengambilan tanah bagi membinan 'laluan' di KLKSE perlu mengambil masa selama enam bulan kerana berdasarkan maklumat diperolehi status tanah tersebut dimiliki syraikat lain.

“Kerja pembinaan laluan susur keluar 400 meter menghubungkan kawasan perumahan penduduk ke lebuh raya tersebut dijangka siap anggaran tempoh 2 tahun,” katanya pada majlis penerangan dan dialog bersama penduduk Bandar Tasik Puteri, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan KLKSE Berhad, Amran Amir, Jurutera Kanan KLKSE Berhad, Sheikh Ahmad Sheikh Abdul Aziz, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Shahril Amin Ahmad, Penolong Pengarah LLM, Burhanudin Yusof Aziz, Pengarah Projek AP Land, Lee Kok Wah serta ahli majlis MPS, Zaidy Abdul Talib.

Majlis penerangan dan dialog penduduk bersama wakil daripada beberapa agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Penduduk (JKP) Zon 24, Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pada sidang media, selepas itu, ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menyambut baik cadangan penduduk menubuhkan jawatankuasa penyelaras melibatkan penduduk,agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi memantau secara terperinci dari peringkat awal sehinggalah projek berkenaan siap sepenuhnya.

Menurutnya, jawatankuasa penyelaras akan ditubuhkan dalam jangka masa terdekat dengan mengambil kira masalah dihadapi penduduk sejak sekian lamanya.

“Kita akan adakan perjumpaan secara berkala bersama wakil penduduk dengan semua wakil pihak berwajib yang terlibat bagi memastikan kerja pembinaan ini mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Jawatankuasa itu akan memantau kontraktor bertanggungjawab melaksanakan projek tersebut untuk mengelakkan timbulnya isu kerja pembinaan lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Friday, October 22, 2010

IPU di tiga kawasan di Johor tidak sihat

Indeks pencemaran udara (IPU) bagi tiga kawasan di Johor dilaporkan kembali kepada keadaan tidak sihat hari ini.

Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - tiga kawasan berkenaan adalah Kota Tinggi (107), Larkin Lama (109) dan Pasir Gudang (113). Semua bacaan berkenaan diambil pada jam 11 pagi ini. Bacaan pada jam 7 pagi ini juga mendapati pencemaran udara di kawasan berkenaan adalah melebihi paras 100.

Bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.

Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.

Pada 20 Oktober lalu, kawasan Muar digemparkan dengan bacaan IPU 432 sehingga memaksa abatan pelajaran Muar mengarahkan semua sekolah di daerah itu supaya membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah.

Bagaimanapun bacaan di Muar kembali pulih sehari selepas itu. Bacaan di kawasan Muar hari ini adalah 73 manakala Melaka yang sebelum itu dikategorikan sebagai tidak sihat kembali kepada sederhana.

Jerebu yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia khasnya di Johor juga kini melanda Singapura, dan kian bertambah buruk sejak semalam.

Keseluruhan pulau republik itu berkabus dan langit khasnya di kawasan Marina Bay di mana bangunan tinggi seperti Maybank setinggi 32 tingkat dan Hotel Marina Bay Sands setinggi setinggi 55 tingkat, penglihatan tidak berapa jelas disebabkan jerebu tebal.

Thursday, October 14, 2010

"Amalan-amalan Khurafat dan Sifat-sifat Tercela di Kalangan Jemaah Haji Asia Tenggara dan Panduan Menghindarinya."

oleh: Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din


KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI ASIA TENGGARA

Pengaruh khurafat ternyata masih kuat. Di dalam masyarakat Islam Asia Tenggara masih kehadapan amalan-amalan khurafat di dalam berbagai-bagai lapangan kehidupan. Di dalam perniagaan masih percaya kepada FONG SUAI. Dalam pertanian masih percaya kepada semangat padi. Dalam mencari rezeki di lautan masih ada yang percaya kepada gamala ikan dan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja di dalam mencari rezeki ada berbagai-bagai khurafat, ketika hendak melakukan ibadat kepada Allah pun masih diresapi berbagai-bagai khurafat. Antara yang ketara ialah khurafat-khurafat di dalam ibadat haji.

KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI

Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumah
Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.
Setelah balik nanti mesri berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.
KHURAFAT DI TANAH SUCI

Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah Islam.
Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.
Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan, jika dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.
Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.
Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh mendapat anak yang mudah masuk syurga.
Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad melambangkan kemaluan Siti Hawa.
Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.
Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.
Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.
Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.

AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bid’ah yang buruk sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“…………Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”.
Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT, walhal kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari segala dosa dengan tujuan mandapat haji mabrur.

PUNCA AMALAN-AMALAN TERCELA DAN TERPAUTNYA SESEORANG KEPADA AMALAN KHURAFAT

Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut:

Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.
Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.
Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul.
Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.
CARA-CARA MENGHINDARINYA

Bakal-bakal haji hendaklah mengikuti dan mempelajari hukum-hukum agama sebelum menunaikan haji. Penceramah-penceramah hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar berkelayakan. Tajuk siri khurafat perlu dimasukkan ke dalam kurikulum ibadat haji dengan ditekankan keburukannya.

Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain yang tidak diketahui puncanya.
Dalam kursus haji ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah tempat berehat atau tempat melepaskan kemarahan atau komplen sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti akan ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.

Sebarang amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui keilmuannya hendaklah dipastikan terlebih dahulu dari orang lain yang lebih berwibawa. Bertawakalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.

TINGKAH LAKU BURUK SEBAHAGIAN JEMAAH HAJI

Selain dari khurafat yang tersebut di atas, ditambah pula dengan adanya tingkah laku buruk yang sering kedapatan di kalangan jemaah haji umumnya termasuk jemaah haji Asia Tenggara, menjadikan ibadat haji ibadat yang seolah-olahnya tanpa roh dan tanpa hikmah.

Sebagai contoh yang ketara, berlakunya peristiwa terowong al-Muassim pada tahun 1990 dan peristiwa pijak memijak di atas Jambatan Mina pada tahun 1994 yang semuanya memakan korban nyawa yang begitu banyak, mencerminkan masalah utamanya tingkah laku buruk jemaah haji.

Tingkah laku dan tuturkata manusia itu adalah sebagai cermin peribadinya. Jika elok tingkah laku, berbudi bahasa dan manis kata-kata, maka tinggilah nilai dirinya, mulialah pekertinya. Kalaulah itu benar-benar menjadi cermin diri, maka alangkah buruknya keadaan umat Islam ini kerana apa yang berlaku di musim haji menjadi ukuran yang utama pada nilai diri kita.

Di Mekah umat Islam kelihatan seperti seolah-olah tidak tahu disiplin diri dan disiplin kehidupan. Ada yang tidak bertolak ansur, bertengkar, bergaduh, tengking menengking, herdik mengherdik, menolak, melanggar, memukul, memijak, menghimpit, mengambil hak orang lain, menyusahkan kawan, memijak kepala, menyepak muka orang yang beribadah, mengganggu yang bersembahyang, menyepak al-Quran, meletak al-Quran di atas lantai, mengubah (mengalih) al-Quran dengan kaki, berebut-rebut dengan segala kekuatan untuk mencium batu hitam (al-Hajarul Aswad). Memegang tangan berangkai kuat untuk merempuh orang yang sedang solat dan tawaf. Perbuatan yang sama berlaku dengan dasyatnya ketika di Mina untuk melontar. Segala selipar dan kasut serta pakaian tertanggal dari badan. Yang sakit tidak diberi simpati. Yang tua uzur tidak dihirau dan pelbagai perangai lagi yang boleh dilihat.

Mengenai tutur kata, umat Islam tidak hendak menjaga tutur katanya. Walaupun ketika sedang tawaf dan saei, masih bercakap-cakap dengan hal-hal yang terkeluar dari erti ibadah yang sebenar, bergelak ketawa berdekah-dekah kerana kelucuan yang sengaja diada-adakan dalam perbualan-perbualan, seolah-olah mereka bukan di hadapan Allah di dalam ibadat yang shahdu.

Kata mengata, caci mencaci sering kedengaran di sepanjang masa berada di Mekah dan Madinah seolah-olah tidak berbeza dari tempat-tempat lain. Mengumpat, mencerca terus berlaku tanpa sebarang takut kepada dosa yang perbuatan di Tanah Haram.

Semua tingkah laku buruk itu adalah sebahagian dari masalah yang sebenar yang berlaku di kalangan jemaah haji kita yang sudah sewajibnya kita menyedari perihal tersebut dan cuba menghindarnya.

BAGAIMANA MENGATASI PERMASALAHAN TERSEBUT

Masalah akhlak adalah masalah pokok untuk membina masyarakat yang mulia. Akhlak yang terpuji menjadi tunjang kekuatan umat. Rasulullah SAW diutuskan Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Baginda menjadi teladan untuk kemuliaan akhlak, mengasuh umatnya agar berakhlak mulia.
Bagi mengatasi masalah yang disebutkan tadi, pendidikan kerohanian yang menekankan kepada kemuliaan akhlak perlu dititik beratkan dalam latihan dan syarahan-syarahan. Bakal-bakal haji hendaklah dipupuk dengan budi pekerti yang mulia untuk dihayati sepanjang masa hidupnya, lebih-lebih lagi ketika menunaikan haji.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
Yang bermaksud:
“Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkuat, maka bertawakkallah kepada Allah. Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkaya, maka hendaklah meyakini bahawa apa yang ada di sisi Allah Azawajallla lebih baik dari apa yang ada di dalam tangannya. Dan siapa yang ingin sangat menjadi manusia yang termulia, maka hendaklah takut kepada Allah Azawajallla”.

Hadith ini mengingatkan kita tentang berakhlak dengan Allah. Bertawakkal kepada Allah, takut kepada Allah. Apabila manusia sudah mentaati perintah Allah dan amat mengharapkan keredaan, maka akan lahirlah budi pekerti yang mulia untuk mereka di alam manusia.

Mengunjungi Baitullah untuk menunaikan ibadat haji adalah suatu tuntutan syarak. Dari ibadat itu akan lahirlah pengajaran-pengajaran yang amat berguna untuk manusia. Fadhilat haji amatlah banyak. Salah satunya untuk mengingati Allah. Oleh itu, perbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah, berzikir kepada Allah di dalam masa kerja haji dan sesudahnya khususnya di Arafah dan Mina.

Salah satu rahisa Allah mewajibkan haji ialah untuk membersihkan diri mereka dari segala dosa, dari segala perangai keji dan perbuatan-perbuatan munkar. Kalaulah umat Islam memahami dan menghayati tujuan tersebut dengan sebaik-baiknya, maka tentulah tidak akan berlaku pekara-perkara munkar di tanah suci.
Semua orang yang menunaikan haji akan menjadi orang yang amat baik pekertinya. Tidak ada khurafat berlaku dan tidak ada perkara-perkara negetif berlaku kerana semuanya itu akan menyebabkan haji seseorang itu sia-sia.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Yang bermaksud:
“sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan perkara-perkara jahat dan fasik, maka kembalinya ke tanah airnya nanti ia menjadi seperti anak yang baru lahir”.

PENUTUP

Usaha untuk mempertingkatkan kualiti ilmu ke dalam masyarakat Islam perlu diteruskan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi perisai umat Islam dari diresapi gejala-gejala tidak sihat seperti khurafat dan sebagainya.

Pengetahuan tentang ibadat haji adalah pengetahuan fardu ain yang sepatutnya diketahui oleh masyarakat umum. Perlu diajar dengan cara yang berkesan di dalam kurikulum-kurikulum sekolah menengah dan di peringkat universiti agar dengan ilmu yang manfaat itu setiap yang pergi menunai haji benar-benar mengetahui mengapa ibadat itu diwajibkan.

Ibadat-ibadat dalam Islam adalah alat untuk mendidik manusia. Jika dipergunakan ibadat itu sebagai alat mengajar, maka yang mempelajari bersungguh-sungguh daripadanya akan mendapat pengajaran yang amat berkesan. Rasulullah SAW telahpun mempergunakan untuk mendidik umat Islam di zamannya. Dengannya mereka menjadi sebaik-baik umat yang Allah ciptakan untuk menjadi contoh kepada manusia. Akhlak yang terpuji akan lahir dari keikhlasan beribadat kepada Allah, apabila difahami maksud dan tujuannya. Dari akhlak yang terpuji lahirlah peribadi unggul untuk memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah.

Semoga Allah memelihara kita dari terjatuh ke dalam khurafat dan semoga Allah memberi hidayah kepada kita untuk mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahu ‘Alam.

Friday, October 8, 2010

The differences between you and your boss..

Your Boss and You

When you take a long time, you're slow.
When your boss takes a long time, he's thorough.

When you don't do it, you're lazy.
When your boss doesn't do it, he's too busy.

When you make a mistake, you're an idiot.
When your boss makes a mistake, he's only human.

When doing something without being told, you're overstepping your
authority.
When your boss does the same thing, that's initiative.

When you take a stand, you're being bull-headed.
When your boss does it, he's being firm.

When you overlooked a rule of etiquette, you're being rude.
When your boss skips a few rules, he's being original.

When you please your boss, you're apple polishing.
When your boss pleases his boss, he's being co-operative.

When you're out of the office, you're wandering around.
When your boss is out of the office, he's on business.

When you're on a day off sick, you're always sick.
When your boss is a day off sick, he must be very ill.

When you apply for leave, you must be going for an interview.
When your boss applies for leave, it's because he's overworked

Monday, October 4, 2010

Fenomena 40an

Benarkah ‘life starts at 40″? Bagi Nabi Muhammad, umur 40 adalah bermulanya saat kerasulan.

Bagi sesetengah lelaki, umur 40 menjadi titik tolak kepada perubahan dalam hidup. Kalau ia terus dengan kehidupan yang melalaikan dan memiliki tabiat tertentu yang tidak baik, maka lazimnya ia akan teruskan cara hidup yang demikian melainkan ia cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan. Manakala bagi sesetengah lelaki pula, sekitar umur 40 ialah tempoh waktu ‘miang’ dan ‘darah muda’ kembali semula. Sejauhmanakah kebenarannya?

Bagi sesetengah orang perempuan, umur 40 adalah suatu yang menakutkan. Kata orang, perempuan kalau

umur 20 maknanya mengancam
umur 30 maknanya macam-macam
umur 40 maknanya diancam
umur 50 maknanya terancam
umur 60 maknanya dah tak boleh cam

Izinkan saya menulis dalam bahasa Inggeris pula

Well, some of us never expected “something” strange will happen…after 10-20 years of marriage….that may stir the relationship of a “loving” couple…a relationship that is based on love (once). We are not exposed to this phenomena. We didn’t know about it until we go through our marriage and through an age period of 35 – 45 years old

Some observations that we could see in the phenomena at 40 (35-45 yrs old) among men are:

1. sexual desire is increasing, “miang muda datang balik”
2. hormone is increasing too
3. looking for different “taste” if routine of life looks the same over the years and “nothing” new or “refreshing” in the relationship
4. “life starts at 40 again”
5. “man is like coconut milk; the older he goes, the thicker his macho is”
6. man thinks that his partner, who looks the “same” in terms of beauty, shape, attitude, care more of the children, house and career…which will take away some quality time that may contribute to “escapism” among men

Among women, we maty find that they:

1. care less about beauty
2. care less about shape
3. take for granted that her man is satisfied enough after years of romance
4. take for granted that her man is supposed to be a responsbile man, as a father, a hubby, …. by the age of 40
5. routine of life is thought to be stable and balance, nothing to worry….
6. his “loyalty” is there already
7. at about 40, man should think of how be more devoted to God

In many cases, these “hopes’ or “perceptions” or “expectations” are not true or may not necessarily be true.

Few things to do by the couple
• get in shape
• take care of you beauty
• change environment
• change setting for the house quarterly
• renew bedroom setting
• recreation once a month (stay outside)
• eating out with family once, candle light, dating again
• see album of pictures together, talk about the past once a while
• always celebrate important dates
• change setting for love making
• exchange presents
• visit memorable places where love started to spark in life between you and him
• put on different sexy dresses occasionally
• diversify ways to seduce him
• work together on a series of projects
• hugs and kisses everyday in the morning and evening
• always try to accompany him whenever is possible
• say “love u” at the end of every telephone conversation
• say “miss u” when don’t meet more than a day
• say the kid misses u when he is not home more than a day, make up stories…that the kid says papa…pointing finger at his picture

Sahabat lama...

Alhamdulillah, semalam Rizal, sahabat lama call. Memang dah lama betul tak dengar berita dari dia. Maklumlah habis SPM semua bawa haluan masing-masing. Kalo dulu selalu gak balik kampung same-same naik bas.

Mula-mula tak cam gak suara. Macho semacam jer. Tapi bila dia kata dok sebilik n kongsi katil double decker baru aku ingat rupe-rupenya member lama. Nantilah. bila dah ade FB lagi banyak member lame boleh jumpe.

Adious...

Friday, September 24, 2010

Cermin mata

Salam.

Lama jugak tak menulis dalam blog ni. Sedikit sibuk dengan hal-hal dunia. Yang nak diceritakan hari ni pun pasal dunia jugak. My one and only eye glasses had broken last weekend. Fragile sangat coz pakai frameless. Satu hari rabun and pening kepala. Dah buat yang baru. Sementara tu my optometrist buatkan satu glasses sementara. Alhamdulillah cuma sedikit kecil dan pendek sikit kakinya berbanding dengan wajah ambe yang berisi ni. Takpelah janji tak rabun.

Baru tadi call opto, tapi katanya kena tunggu lagi coz ada kesilapan masa nak tebuk lubang kat glasses tu. Maklumlah frameless ni kena buat dgn hati-hati. So kena la tunggu lense baru sampai.

Sabor jela...

Friday, September 17, 2010

Noah's Ark

This is really beautiful.

Noah's Ark Many things I need to know, I learned from Noah's Ark .
ONE: Don't miss the boat.
TWO: Remember that we are all in the same boat!
THREE: Plan ahead. It wasn't raining when Noah built the Ark.
FOUR: Stay fit. When you're 60 years old, someone may ask you to do
something really big.
FIVE: Don't listen to critics; just get on with the job that needs to be
done...
SIX: Build your future on high ground.
SEVEN: For safety's sake, travel in pairs.
EIGHT: Speed isn't always an advantage. The snails were on board with the
cheetahs.
NINE: When you're stressed, float awhile..
TEN: Remember, the Ark was built by amateurs; the Titanic by professionals.
ELEVEN: No matter the storm, when you are with God, there's always a rainbow
waiting.

Most people walk in and out of your life...
but FRIENDS leave footprints in your heart.

Friday, September 10, 2010

Salam AidilFitri

Kepada seluruh Muslimin dan muslimat,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kesempatan ini, saya dan keluarga memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan.

Maaf zahir dan batin.

IbnuAmeen & keluarga.

Wednesday, September 8, 2010

Berita Gembira.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bagi yang berpuasa kedatangan Syawal bersama membawa rasa kegembiraan. Ia suatu yang wajar, kerana kita telah berjaya melaksanakan sesuatu bersifat pengorbanan i.e berkorban melawan hawa nafsu kerana menurut perintah Allah. Justeru benarlah sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bagi orang yang sudah melaksanakan puasa Ramadhan baginya ada 2 saat kegembiraan. Pertama kegembiraan di waktu berbuka/berhari raya, dan keduanya, kegembiraan ketika mengadap Allah Subhanahu Wa Ta`ala.” Hadis Riwayat Imam Muslim.

Kegembiraan yang satu lagi akan kita terimanya di akhirat dan bagi orang yang berpuasa Ramadhan akan memasuki Syurga melalui pintu yang dinamakan ”Bab al-Rayyan”. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ”Syurga itu mempunyai lapan pintu. Ada satu pintu di namakan al-Rayyan, tidak masuk melalui pintu itu melainkan mereka yang berpuasa Ramadhan”- Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Tahniah kepada anda semua yang telah berpuasa Ramadhan seikhlasnya. Tahniah kerana anda telah berjaya melawan hawa nafsu dan menurut perintah Allah SWT. Tahniah kerana anda bakal memasuki Syurga melalui pintu yang khas. Kegembiraan ini hendaklah dipenuhi dengan memuja dan memuji Allah dengan laungan tasbih dan tahmid dimalam dan pagi Hari Raya. Anda telah kembali kepada fitrah, bersih dari dosa dan taubat anda telah diterima oleh Allah. Bersyukurlah kepada Allah dan tetaplah di dalam iman dan amalan mulia serta sentiasa menjaga perintah dan larangan Allah supaya hidup kita sentiasa di dalam keridhaanNya.
Selamat Hari Raya AidilFitr.

Tuesday, September 7, 2010

Semakin tua..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masa begitu pantas berlalu, bulan Ramadhan semakin tua. Ramadhan mula ingin meninggalkan kita. Umur kita pun begitu bukan semakin panjang, kita semakin tua, kita telah melalui fasa-fasa umur. Ramadhan yang setiap detiknya ibarat mutiara bagi kehidupan seseorang muslim akan berakhir tidak lama lagi. Apa yang berlaku adalah semacam simbolik kepada umur kita, sehari demi sehari sebenarnya kita mula meninggalkan kehidupan di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sedarlah (janganlah kamu hanya mengutamakan kehidupan di dunia dan lalu terlupa persediaan kehidupan akhirat). Ingatlah akan hal orang yang hendak mati, apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong. Dan orang-orang yang hadir di sisinya heboh berkata: " siapakah yang dapat menawar jampi dan mengubatinya?". Dan dia sendiri (bakal simati) yakin, bahawa sesungguhnya saat-saat perpisahan telah tiba. Serta tentang kedahsyatan sakratul maut yang datang tindih bertindih. Maka kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa untuk menerima balasan". –[ al-Qiyamah, 75: 26-30].

Mudah-mudahan keikhlasan dan amalan ibadat sepanjang Ramadhan ini merupakan sebahagian persiapan bekalan kita berpindah ke alam barzah dan akhirat.

Monday, September 6, 2010

Pilihan sendiri..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah menyifatkan orang-orang yang berdosa dan tenggelam di dalam kekufuran sebagai mereka yang menzalimi diri sendiri. Dalam surah al-Zuhruf 43: 74-78 Allah menjelaskan balasan bagi mereka yang berdosa dan ingkar adalah azab neraka Jahannam dan berkekalan di dalamnya. Tidak diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka tinggal dengan derita dan tidak mendapat sebarang pertolongan. Allah menjelaskan:
“ tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” –[al-Zuhruf 43:76]
Dikatakan mereka menginaya diri sendiri kerana itulah jalan yang mereka pilih sendiri, sedangkan Allah telah mengutuskan Rasulnya menjelaskan tentang kebenaran dan jalan yang benar yang sepatutnya diikuti dan dipatuhi.

Marilah sempena Ramadhan ini kita kembali kepada Allah, menyerah diri dan tunduk kepadanya akur dengan azabnya yang pedih. Kita telah lihat sendiri bagaimana Allah yang Maha Perkasa menenggelamkan suatu daerah, memusnahkan negeri dengan tiupan angin, gempa bumi dan berbagai lagi. Itu sebagai bukti tentang kewujudanNya, sebagai bukti sebahagian dari azabNya yang pedih untuk kita renung dan insafi.

Friday, September 3, 2010

Lembaran Baru - Madrasah Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rahmat Allah amat luas, walaupun terdapat manusia yang ingkar padaNya, tidaklah disegerakan balasan ke atasnya. Sebaliknya Allah memberi ruang masa kepada hambaNya untuk kembali beriman dan patuh padaNya. Allah menyebutkan di dalam al-Quran bermaksud:
“Sesiapa yang kufur dan ingkar, maka Aku (Allah) akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali" –[al-Baqarah 2:126]

Allah memberi peluang kepada hambaNya untuk kembali patuh kepadanya. Jika manusia kembali, ia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Lupakanlah yang telah sudah bukalah lembaran baru kerana telah bertaubat. Namun kalau kita tidak berubah Allah memberi amaran tentang azabNya yang amat pedih sebagaimana firmanNya bermaksud:
“Ketahuilah oleh kamu (wahai manusia), bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).”-[al-Ma`idah 4:98]

Wednesday, September 1, 2010

2010 Family Day @ Tasik Titiwangsa





8 Ogos 2010

Tahun ni family day buat sebelum bulan Ramadhan. Kalo tahun lepas di Desa Water Park, anak-anak seronok mandi kolam tahun ni tak berapa seronok sangat. panas katanya, tapi memang pun. Apa taknye buat tepi tasik. Kami sampai pun dah pukul 10. Mana matahari tak terpacak atas kepala.


Ni tengah pekena nasi beryani gam baguih punya. Anak-anak dok layan ais-krim. Uminyer pekena pasembor mamak. Maklumlah dah jam 11.30. Ni kena rush sebab petang ada MIS presentation. Tajuk web 3.0 Semantic.



Sempit..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rahsia Allah mempermudahkan rezeki kepada seseorang dan menyempitkan rezeki kepada yang lain mengandungi hikmah yang besar. Walaupun pada pandangan manusia seolah-olah ada unsur pilih kasih. Allah berbuat demikian supaya bumi ini berterusan membangun dan makmur, dan manusia saling bekerja dan bantu membantu. Jika semua manusia mendapat rezeki mudah dan mewah tiada manusia yang akan berusaha keras. Ini boleh membawa kerosakan kepada bumi kerana tidak dimakmurkan. Apakah anda tidak lihat perlunya nelayan membanting tulang menangkap ikan untuk mendapatkan sesuap nasi bagi menyara keluarganya. Begitu juga pekerja bangunan membanting tulang empat kerat dan memperoleh pendapatan tidak sebesar mana. Namun ketiadaan manusia senasib demikian mungkin sukar untuk kita mendapat bekalan ikan. Sukar untuk menyiapkan bangunan yang tersergam indah dan begitulah seterusnya dalam perkara-perkara lain. Firman Allah menjelaskan perkara ini bermaksud:

“Jikalau Allah melapangkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas dimuka bumi. Tetapi Allah menurunkan (rezekiNya) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya lagi Maha Melihat” –[ al-Syura 42:27]

Thursday, August 26, 2010

Nasyeed video.


Berikan Hak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Puasa Ramadhan mengingatkan kita tentang mereka yang susah, miskin, yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyempurnakan kehidupan mereka sebagai manusia. Sebahagian kita diberikan oleh Allah kelebihan rezeki tetapi sebahagian daripada kita tidak pula sedemikian nasibnya. Insaflah kelebihan rezeki itu adalah kurniaan dari Allah dan di dalam kelebihan rezeki itu ada hak orang lain yang perlu diberikan. Sebab itu Islam mewajibkan zakat dan menggalakkan sedekah (pemberian ikhlas selain zakat) untuk membantu mereka yang memerlukan.

Allah berfirman bermaksud:

“Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta-minta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian” –[al-Zariyat 51: 19]
Allah berfirman membuktikan kelebihan rezeki yang dikurniakan kepada seseorang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Dia juga menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha melihat akan hamba-hambaNya” –[al-Isra’ 17:30]

Wednesday, August 25, 2010

Tazkirah Ramadhan - Beban


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tidaklah berpuasa itu membebankan kita, ia banyak memberi manfaat dari banyak sudut berbanding rasa lapar dan dahaga bagi orang berpuasa ketika menjalaninya. Dengan sebab itu disunatkan (diberi reward) kerana bersahur dan mengakhirkan sahur (hampir kepada waktu subuh) dan apabila sampai waktu berbuka makruh (Allah tidak menyukai) kita melengah-lengahkan berbuka. Malah disunatkan (diberi reward) kerana menyegerakan berbuka apabila sampai waktu berbuka. Dari kajian sains telah banyak membuktikan kebaikan berpuasa, begitu juga dari sudut psikologi, tanggungjawab social, ekonomi dan berbagai lagi.Secara ringkasnya puasa Ramadhan datang membawa anugerah rahmat dan kebaikan berbanding rasa susah yang kecil kerana menahan makan dan minum dalam tempoh waktu tertentu.

Allah berfirman bermaksud:
“Dan Dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama Islam suatu yang menyusahkan” –[al-Haj 22:78]
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Dan tidaklah Kami (Allah) mengutuskan kamu (Nabi Muhammad yang membawa ajaran dari Allah) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam” –[ al-Anbiya’ 21: 107]

Tuesday, August 24, 2010

My nasyeed video collections

Nice nasyeed called Solawatul Burdah.



Sami Yusuf - Teacher

Maher Zain - Insya-Allah

Monday, August 23, 2010

Exam day




Alhamdulillah, yesterday was the exam day for subject MIS. At least lepas gak gemuruh di dada.






Thank you to Prof. Azizi for guidance and taught. For all classmates thanx for the support and understanding given to me. Hope we'll get the best result for all our effort.






Thanks again....

Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah Ramadhan - Bantuan

Tanpa disedari mungkin jiran, saudara mara, rakan atau siapa sahaja memerlukan bantuan dari kita. Bantuan tidak semesti berupa wang ringgit, tetapi ia boleh berupa sokongan moral, nasihat, tunjuk ajar dalam pelbagai bidang, memberikan kefahaman tentang sesuatu perkara dan berbagai lagi. Islam menganggap membantu untuk perkara baik adalah mulia. Allah berfirman bermaksud:

“Sesiapa yang memberikan syafaat (bantuan) yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” -[ Surah al-Nisa’ 4:85]

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum...

Kepada Muslimin & Muslimat.

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa dan semoga Allah merahmati kita semua.


TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK

Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4-Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.
"Kurangkan Juadah, perbanyakkan Ibadah"

Thursday, August 5, 2010

Thank you Allah




Thank you Allah for giving me a wonderful wife n kids. I pray we'll together in Jannah.



Tuesday, August 3, 2010

SUV impian.


Nukilan khas dari Isteriku....


Ku abadikan nukilan isteriku di dalam blog ini untuk tatapan semua. Buat Husna & Khairul, ketahuilah bahawa kami amat menyayangi kamu.

An yang ku sayang, ketahuilah bahawa kaulah insan yang terbaik buatku...




ABANG..

Aku perlu kuat

Aku perlu bimbinganmu

Untuk hidup

Di dunia dan akhirat


ABANG...

Marilah kita sama berjanji

Ingat kembali niat yang suci

Jalinan indah hubungan ini


ABANG....

Aku bukan bunga yang akan layu

Dan engkau bukan kumbang perayu

Kerana... lambang bunga lambang sementara

Tapi perjuangan kita tiada hujungnya

Daerah kita bukan daerah cinta

Bukan masanya memujuk kasih memuja

Tiada senda gurau memanjang

Kerana kita dalam berjuang


ABANG.....

Di sini Uda dan Dara telah berkubur

Kita bina atas jihad yang subur

Bumi kita bumi payah

Penuh peluh air mata suka duka

Moga pengorbanan kita

Mampu disahut generasi...

Khairul & Husna


ABANG......

Bila kau menjejak tapak Yasir

Ku susurimu sebagai Sumayyah

Bila kau bisikkan padaku... "PERJUANGAN ITU PAHIT"

Akanku sahut kembali..."SYURGA ITU MANIS"


Berdoalah

Hubungan ini suci

Bermatlamat kepada cinta Ilahi

Dihiasi dengan pengorbanan sejati

Insya-Allah.....








Thursday, July 29, 2010

Nota semalam..

Salam dan terima kasih kerana sudi membelek blog ini.

Pertamanya, syukur Alhamdulillah kerana aku dilahirkan sebagai seorang Muslim. Tanpa ketentuan-Nya aku mungkin berkiblatkan selain Kaabah dan mungkin barbangsa eropah. Bermata biru, barambut perang dan bertubuh tinggi lampai. Tapi apa yang pasti, aku berkulit kuning langsat, bermata sepet dan bertubuh rendang seperti pohon yang tak berbuah. Maklumlah putera banjarlah katakan..

Banjar adalah rumpun melayu dan melayu itu beragama Islam. Betul ke statement nih? Tak semestinya melayu itu Islam dan Islam itu melayu. Mungkin secara kebetulan, dalam perlembagaan persekutuan menyatakan melayu itu orang yang berbahasa melayu dan beragama Islam.

Masuk Islam tak bererti masuk melayu. Habis semua kena tukar. Namanya, pakaiannya, cara makannya semua kena ikut melayu. Kalo takde songkok dgn kain pelikat takleh solat ker? Muslimat wajib pakai telekung ker kalo nak mengadap Allah!

Aku suka tagline nih "Islam for all". Islam untuk semua bukan hanya untuk bangsa melayu sahaja. Kalo dia orang asal sekalipun, dalam kubur tak ditanya bangsa apa tapi yang wajib apa agama kita.

Tersentuh jugak hati bila teringatkan waktu maghrib semalam. Masuk je surau utama di office terdengar azan dilaungkan. Sambil ambil wuduk tertanya jugak siapakah gerangan empunya suara yang begitu lunak malaungkan kalimah suci. Terkejut bila masuk sebab yang ada dalam tu sekumpulan saudara kita berbangsa bangla. Aku perhatikan mereka sambil tertanya dalam hati, orang kita macam nih ker. Tak macam mereka; walaupun hanya cleaner tapi solat mereka jaga, azan mereka laungkan, solat Jumaat mereka kerjakan walau terpaksa menapak beribu langkah. Mereka bukan ada kenderaan. Kalau ade pun takkan van company nak hantar mereka ke masjid. Silap-silap driver van pun kantoi dalam bilik driver masa solat Jumaat.

Apa yang aku kagumkan semangat mereka tu. Walau di negeri orang sekalipun mereka tetap menjalankan perintah tuhan.. KITA? renungkanlah.....

Sunday, July 25, 2010

Service car air-cond...

Salam,

Lama tak tulis blog nih. Hari ni baru tergerak nak tulis.

Sebenarnya dah lama dah masalah nih. Last week masa gi Bangi sian tengok anak-anak kepanasan dalam keta. Macam dok dalam sauna plak. Alhamdulillah, ada rezeki sikit ingat nak service air cond. Hujung minggu nih nak balik kg so memang kena buat minggu ni.

Ingatkan radiator bocor rupanya compressor dah nak kaput. Bunyi pun semacam jer. So esok keta masuk workshop. Sedialah dalam 3-4 ratus...

Wednesday, July 21, 2010

Possible Internet & Investment SCAMS avialable in Malaysia

Beware of these scams in the market. Don't invest blindly and lost all your hard earned money.

Anything that is too easy to make money is usually a scam.
Read the following interesting collections and be forewarned.

Attached is a good compilation of suspicious business scams.

1. The Cafe Scams - Island Red Cafe & Stevens Corner
(strange, both in Pandan Indah) - Island Red Cafe collects members RM6,000 each and promised 5% return every month and even give you a name in the ROC as a shareholder but what’s the point when they run away? Stevens Corner, the famous indian coffee shop follows due to drop of business since their renovation. They collect RM3,000 per member and promise return of RM150 monthly and plans to open nice fanchisee cafe called StevensTeaGarden. Someone mentioned they will make you sign an agreement that give them the rights NOT to pay you anything in future. If you really wish to join, ask for a copy of their agreement and consult your lawyer BEFORE paying them. Bet you will NOT get a copy. Both collect monies from new members with MLM recruitment schemes and pay the old members like Sunshine Empire. You never know when they will run away.

2. Sunshine Empire
This licensed and legal Company has an impressive office at the ground level of KUB building along Jalan Yap Kwan Seng, near Menara Public Bank and AmBank Building . They also have a showroom office at the ground level in the next building. 3 or 4 months ago, Singapore’s Straits Times and The Paper published big news reminding their people to be careful and NOT to believe in them. Hope someone can put up the link or google for it.(As expected, they STOPPED paying back members now and all investors LOST their money).

Someone below has put a link to the Singapore news. In fact there are more to it. Although Singapore is investigating them, they did not stop their business as the business is legal and so far, no Singaporean have failed to receive their commissions as promised. Thus, the government cannot stop them yet. The news published that the founder, director and group president is someone named James Phang but he is NOT the owner. Isn’t this quite strange ? At the end of the game, James Phang can just disappear from the Company easily and claimed that he was just “employed”. Such trick always happened in scam businesses. Now, the Company has STOPPED paying commissions and interests to members with the excuse that the Singapore government has freezed their bank account while under investigation. Do you think their boss will be so stupid to keep much monies in the bank to be freezed? They are all transfered away. It’s! just an excuses not to pay back to members and members are only paid “e-bonus-points” which is cashless. If they wish to convert to cash, they have to recruit new members to pay them cash and the recruiter less out trom the amount. So victims act like Vampires and “forced” to victimise other victims if they wish to get their monies back. And their victims will later transform to vampires and the scam carries on…..

3. MobilWallet
This Company owned by 2 young men, Stanley & Rey Gan, office in Queens Avenue Park has collect multi-millions the last 2 years. Claimed that they tied up with Telekoms, Utility Board payment like Water & Electricity bills, even Maybank got fooled by them. Advertisement Billboards everywhere. They STOPPED paying back their members few months ago and the members cannot do anything because they are made to sign an agreement unaware that they have to claims if the company stopped paying them by CHANGING terms and policies.

4. Water Business - Oxygenated and Alkaline Water Products
Some of these are bottled water and some are filters or equipment that claimed the trick..
One of the better known Company that sold “oxygen” water is SITO (supposed to stand for Selangor International Trading Organiszation and claimed Selangor State Government owned some share in it). The key person and founder is a Dato Robert Ong from Rawang but his name is no longer in the business now. Their products are sold for RM2 to RM3 for a 350ml bottle and now concentrating mostly in the Indian market. Their Chinese and Malays market are long gone since a year or 2 ago. Their customers are made to believe that their water has more oxygen and able to give miraculous effects for the body. Water is H2O, how to put more O into it ? Anyone knows how much oxygen do we breathe into our body everyday at FOC ? Latest news is that this SITO Company is going to create new label to market under a new Company since the SITO! name has already gone bad. Someone informed that this Company is owing alot of money(due to refunds) to ex-stockists but just refuse to pay them. (Latest news, SITO shifted to another place and their MLM business has closed but planning to start again with a different name, beware!!)

Alkaline Products - Can anyone explain how it can work for the body ? The stomach’s gastric liquid is so acidic that water of any pH that goes through it will not make any difference.

5. Car Fuel Booster - K-Link
K-Link, the famous scam MLM Company that sold the footpatch TAKARA, later the “cock-ring” and energy-card launched the patrol-saving pills last year. Got so hot that even grocery shops are selling for them. Recently many of these cars that used the pills are rushing to the workshops to clean the residual. Few months ago, another MLM Company launched a fuel booster gadget, claimed that saves up to 20% fuel, that is attached to the cigarette lighter. Started off well using binary plan but businese begin to fade now and most users find it NOT effective.

6. Perfumery Products
(eg. Lampe Berger & Bel Air)(more details later). Lampe Berger is not so hot now in the neighbouring countries but there are still new victims every month in Malaysia . Must thanks to those who have contributed and kept the thread alive here in Kopitiam. Bel-Air have closed in Malaysia . LB is almost zero in Singapore . This perfumery product from France with over 100 years history is just bottles and fragrance (check the factory’s website) but the Company marketing them in Asia claimed “aromatheraphy” products. Hong Kong TVB aired a program that exposed their scam but their members claimed that HK’s TVB already apologised to them. Note that the biggest strenght in a MLM Scam is their members will go all way out to lie in order to defend for their Company. The reason is simple; these members fear that they will not be able to make their money back if the Company collapsed. Knowing that the Lampe Berger ! products are moving slow, they add a line of skincare products named Estebel, also claime to have over 100 years history in France. (Hardly anymore Chinese newcomers, they are now tapping the Malays in Malaysia.)

7. Energy Products
(eg. stone pendants, bracelets, mattress and pillows). They use all sorts of gimmicks and demonstration to make you into believing them. They will do some tricks and demo to prove that these products really produce energy BUT is there any tricks in their demo? So what if there really produce energy; is it good or strong enough to help the body? The effect is actually PLACEBO which I will elaborate in a new thread soon. (More details later.)

8. Hi-Tech Products
Names like bio-tech, nano-tech that claimed millions of dollars of research involved, eg Bio-Young and XKL few years ago. Most of these will claimed a professor behind them (even with name and picture of a person) or used words like “U.S.A. formula”, “German Technology” or “Nanotechnology” and no further details (more details later). If you ask for more details like the professor or factory’s address, the answer will be “trade secrets”.

9. Investment Schemes
SWISSCASH is the King of all. Swisscash is nearly over now but there are many similar and smaller ones that are still on. (Now, it’s closed or stopped paying back members.) Please refer to http://www.sc.com.my/ for more details on investment and internet scams.

10. GoldQuest
This Company that claimed to be HK-based started with some non-value gold-plated coins that are sold for over RM2,000 have several names and changed products several times. QuestVacation, QuestNet, etc. They have several offices in Amcorp Mall, PJ and their key person (in fact, the owner), a Malaysian Indian was arrested last year in Indonesia for having involved in a very big Phillipines scam. Most of their overseas offices are closed or inactive but their Malaysia business is still hot, with some “energy” products. (Can someone please provide a link which showed the news that their boss was involved in a big scam in Philippines and was arrested in last year?)

11. Numerogy & Fortune Telling
A Company named Visible is using MLM to sell fortune telling classes using your birthday based on numerology fortune telling. Prpspects will be told that they need to buy a certain “number” between 1 to 9 in the form of pendants or bracelets made of stainless steel and sold from RM600 to RM20,000. Customers, or rather victims are mostly females from rural areas. Very hot in Penang now and a number of spin-off Companies have started.

12. MJ - Life
MJ-Life - This Company boost of a very big background with many many years of history which is NOT true. Their people or associates may be long in business but nothing to do with their MLM launched recently. Why do I consider it a scam or bad? New members are told to pay a sum of money (up to RM1000) and you get NOTHING for it. You only get a membership can entitle you to enjoy all sorts of special price and discounts when you have medical check-ups in their centres.. They will claim all those check-ups cost more if done elsewhere. It’s not true. Only the naive and those new to medical check-ups will fall victims to them. Most members who paid the money ended up with nothing.

13. Seaweed Venture Scams
1 such Company is located in Taman Maluri, Cheras. They will ask you to invest a few thousands ringgits for their venture of growing seaweeds in East Malaysia and you are guaranteed returns. To gain your confidence further, they will tell you your investment money is secured by “insurance” or “unit trusts” & “trustees”. When you ask for further documents to prove, they will give all sorts of excuses or just ignore you because they know they cannot get you. These Seaweed scam is one of the hottest now, warn all your friends about it before they are victimised.

14. MXM (Previously MGM)
This is a master scam among the younger group, very successful 2 or 3 years ago but since there moved to their big 10-storey office at Phileo Damansara and changed name to MXM, their business dropped. They collect members RM3,000 to RM4,000 with credit card monthly easy payment and in return you get a hospital benefits insurance from Pacific Insurance worth only a few hundred RMs together with some you-don’t-need medical check-ups from their associate Company Pathlab. Also talk about fitness, lifestyles bullshit that is all worthless.

15. Gano Excel
This company from the north, a copycat of DXN selling Lingzhi capsules created a new Company called Gano iTouch to cash-in on the internet like e-Cosway after their Company went down the drain since the last 2 years, selling Linzhi and some no-value energy pendants and alkaline water gadgets. They provide free transport every weekend from KL to visit their Alor Star office.

16. NuLife (HK)
This Company started by some HK people has been in Malaysia for more than 10 years but they have flopped in HK and Malaysia due to bad management and a product scam making use of a prosecuted American named Dr Jeffrey Bland, found guilty of false products claim. Since this case in the US leaked out and many Malaysians found out that the real boss in HK is a Steven Tang (he cheated many Malaysians in another scheme about 20 years ago) their business went down all the way. Now they claim Malaysian partners cheated them and start a new Company in Malaysia . Watch out, this new Company will come out with some investment scheme idea that will get many to lose their money.

17. Arowana Fish Breeding
Oora from Germany , Biofuel (Kompleks Maluri) etc - These are some newer scams. Arowana fish venture ask you to invest some money and give you fixed return. Biofuel will tell you their Indonesia connections (just like Sunshine Empire before using Taiwan) & Oora from Germany(I never trust those cruel Germans) that market some bio-chips and a gadget that claims to give energy and therapeutic effects of accupunture, tai-chi, yoga, etc depending how you set the toy-like gadget, wear it on your body and you get the effect later.
They could not explain or provide any demonstration to prove their effectiveness. Only doctors and papers claim that I will never trust. The health effect is actually PLACEBO, which I will elaborate in a different thread.


Lastly but not least, thank you for reading to the end and I hope you can come back for more details and updates or help to contribute for me to update.

Tuesday, July 20, 2010

Dosa-Dosa & Facebook

Dosa-Dosa & Facebook

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


Zaharuddin.net on Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Mei 2010

Percubaan pertama

tanggal 20 Jul 2010 adalah hari prtama aku mempunyai blog sendiri...