Friday, September 3, 2010

Lembaran Baru - Madrasah Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rahmat Allah amat luas, walaupun terdapat manusia yang ingkar padaNya, tidaklah disegerakan balasan ke atasnya. Sebaliknya Allah memberi ruang masa kepada hambaNya untuk kembali beriman dan patuh padaNya. Allah menyebutkan di dalam al-Quran bermaksud:
“Sesiapa yang kufur dan ingkar, maka Aku (Allah) akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali" –[al-Baqarah 2:126]

Allah memberi peluang kepada hambaNya untuk kembali patuh kepadanya. Jika manusia kembali, ia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Lupakanlah yang telah sudah bukalah lembaran baru kerana telah bertaubat. Namun kalau kita tidak berubah Allah memberi amaran tentang azabNya yang amat pedih sebagaimana firmanNya bermaksud:
“Ketahuilah oleh kamu (wahai manusia), bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).”-[al-Ma`idah 4:98]

No comments:

Post a Comment