Tuesday, September 7, 2010

Semakin tua..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masa begitu pantas berlalu, bulan Ramadhan semakin tua. Ramadhan mula ingin meninggalkan kita. Umur kita pun begitu bukan semakin panjang, kita semakin tua, kita telah melalui fasa-fasa umur. Ramadhan yang setiap detiknya ibarat mutiara bagi kehidupan seseorang muslim akan berakhir tidak lama lagi. Apa yang berlaku adalah semacam simbolik kepada umur kita, sehari demi sehari sebenarnya kita mula meninggalkan kehidupan di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sedarlah (janganlah kamu hanya mengutamakan kehidupan di dunia dan lalu terlupa persediaan kehidupan akhirat). Ingatlah akan hal orang yang hendak mati, apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong. Dan orang-orang yang hadir di sisinya heboh berkata: " siapakah yang dapat menawar jampi dan mengubatinya?". Dan dia sendiri (bakal simati) yakin, bahawa sesungguhnya saat-saat perpisahan telah tiba. Serta tentang kedahsyatan sakratul maut yang datang tindih bertindih. Maka kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa untuk menerima balasan". –[ al-Qiyamah, 75: 26-30].

Mudah-mudahan keikhlasan dan amalan ibadat sepanjang Ramadhan ini merupakan sebahagian persiapan bekalan kita berpindah ke alam barzah dan akhirat.

No comments:

Post a Comment